4 Pelajar Juvana Didakwa Di Mahkamah, Masukkan Botol 'deodorant' Dalam Kemaluan Penghuni Lain..!!

AYER KEROH, MELAKA - Empat pelajar perempuan yang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan seorang pelajar perempuan, lapor Harian Metro.

4 pelajar juvana didakwa di mahkamah, masukkan botol 'deodorant' dalam kemaluan penghuni lain
4 pelajar juvana didakwa di mahkamah, masukkan botol 'deodorant' dalam kemaluan penghuni lain

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh masing-masing berusia 18 dan 19 tahun itu mengaku tidak bersalah. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan remaja perempuan berusia 16 tahun pada jam 5 petang, 9 April lalu di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Tanjung Kling. 

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan dengan sebat. 

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang seorang daripada tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah tahanan di sekolah pemulihan akhlak, Mei ini, manakala tiga lagi yang lain pada tahun depan. 

Bagaimanapun, beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 setiap tertuduh sekiranya mahkamah membenar jamin dan syarat tambahan dikenakan. 

Kesemua tertuduh yang diwakili Peguam Bela Andrew Lourdes memohon tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan semua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. 

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Hakim Ahmad Sazali Omar membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar. 

Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi perbicaraan. Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes. 


Sumber : bulletinmedia
4 Pelajar Juvana Didakwa Di Mahkamah, Masukkan Botol 'deodorant' Dalam Kemaluan Penghuni Lain..!! 4 Pelajar Juvana Didakwa Di Mahkamah, Masukkan Botol 'deodorant' Dalam Kemaluan Penghuni Lain..!! Reviewed by Yob90 on 21:19 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.