Wajib Baca!! Kerap Cukur Bulu Kemaluan, Tingkatkan 80% Risiko Terkena Penyakit Kelamin
WASHINGTON - Bagi mereka yang suka mencukur, menipiskan atau membuang bulu ari-ari (bulu kemaluan), lebih berisiko tinggi terdedah pada jangkitan penyakit berkaitan seks (STI), kata satu kajian.
Tinjauan yang melibatkan lebih 7,500 warga Amerika Syarikat yang berusia dari 18 hingga 65 tahun mendapati, mereka yang gemar melakukan tiga perkara itu, 80% lebih berisiko mendapat STI, lapor AFP.
Bagi penyakit tertentu seperti herpes dan chlamydia, risiko jangkitan paling tinggi di kalangan mereka yang kerap mengemaskan bahagian berkenaan, kata penyelidik.
Difahamkan, kajian itu hanya meninjau hubungan antara mengemas bulu ari-ari dengan penyakit kelamin dan tidak dapat mengesahkan ia adalah penyebab jangkitan.
Namun pengarang kajian itu berhujah, mencukur atau membuang bulu kemaluan dengan lilin menyebabkan berlaku koyakan mikro pada kulit yang memudahkan virus masuk.
Berkongsi pisau cukur juga boleh menambahkan risiko untuk mendapat jangkitan STI, kata mereka dalam majalah yang diterbit dalam jurnal Sexually Transmitted Infections.
Dari 7,580 individu yang melengkapkan soalan kajian mengenai kehidupan seks dan sejarah STI mereka, 74% responden yang gemar mencukur bulu kemaluan mereka. 66% adalah lelaki dan 84% adalah wanita.
Kaedah utama yang digunakan adalah pisau cukur, gunting dan lilin. Kebanyakan lelaki menggunakan pisau cukur elektrik, wanita menggunakan pencukur manual, manakala satu dalam lima dari kedua-dua jantina itu menggunakan gunting.
Menurut kajian itu, STI termasuk herpes, sifilis, papillomavirus (HPV), chlamydia, HIV, honorea dan virus kulit yang dipanggil, Molluscum contagiosum (MCV).
Jangkitan penyakit tersebut boleh membawa kesan serius jangka masa panjang seperti kemandulan, penyakit kanser tertentu dan risiko yang lebih tinggi dari jangkitan HIV.
Golongan yang suka mencukur bulu kemaluan ini dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti berkenaan atau menangguhkan hasrat untuk bersama dengan pasangan bagi memberi masa untuk kulit sembuh.- AFP
Kredit : thereporter
Wajib Baca!! Kerap Cukur Bulu Kemaluan, Tingkatkan 80% Risiko Terkena Penyakit Kelamin
Reviewed by Yob90
on
21:12
Rating: