SAYU!! Bayi Mati dan Kakaknya Kritikal Setelah Ditinggalkan 3 Hari Tanpa Makanan
UKRAINE – Seorang ibu tergamak meninggalkan dua anaknya dalam rumah terkunci sehingga dua beradik berkenaan mati kelaparan.
Vladislava Podchapko, 20, meninggalkan anak lelakinya Daniil, 1, dan anak perempuannya, Anna, 2, bersendirian dalam rumah sementara dia tinggal di rumah teman lelakinya selama 9 hari.
Tiada makanan yang ditinggalkan selain beberapa beberapa makanan ringan sahaja.
Apabila Podchapko kembali, Daniil telah meninggal dunia, manakala Anna dalam keadaan tidak sedarkan diri dan demam teruk.
Dalam video yang dirakam oleh polis Ukraine di rumah tersebut menunjukkan sofa bed, tempat tidur Anna dan baby cot, tempat tidur Daniil. Malah, terdapat kesan wallpaper dinding rumah turut dikoyakkan oleh dua kanak-kanak berkenaan.
Menurut jiran berhampiran, mereka terdengar dua beradik itu menangis dan menjerit, namun tiada yang tampil memecah masuk ke kediaman itu.
Lapor Mirror, Anna yang ditemui dalam keadaan lemah dan demam teruk itu terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.
“Anak kecil itu lemah, sangat-sangat lemah,” kata seorang doktor yang terlibat dalam merawat mangsa.
“Dia dikejarkan ke hospital dan kami mula memberikan makanan kepadannya. Dia kini dalam keadaan stabil dan kami menjangka dia akan pulih dalam masa beberapa hari lagi,” katanya.
Ibu kepada dua kanak-kanak terbabit telah ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara 8 tahun atas tuduhan mengabaikan anak.
Dalam keterangannya pada pihak polis, Podchapko berkata, “saya tidak tahu yang mereka boleh mati.”
Terdapat laporan yang belum disahkan mengatakan ada seorang jiran yang menghubungi polis melaporkan kejadian itu, namun tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa berkenaan.
Podchapko juga dikatakan tidak mengalami sebarang masalah kewangan dan kerap memuat naik gambar anak-anaknya yang kelihatan gembira, dua beradik berkenaan dijaga dengan baik berserta dengan kapsyen gambar seperti “Mother’s joy”, “Pretty Woman”, “My Love”, “I Love you, darling” yang ditujukan kepada Anna dan Daniil.
Difahamkan, dua beradik berkenaan adalah hasil perkahwinan Podchapko dengan bekas suaminya. Podchapko kini telah menemui teman lelaki baru dan dilaporkan hamil.
Sementara itu, Anna akan dihantar dan dijaga oleh pusat perlindungan rumah anak yatim atau diberi pada keluarga angkat, atau diserahkan kepada bapanya - Kakishare
SAYU!! Bayi Mati dan Kakaknya Kritikal Setelah Ditinggalkan 3 Hari Tanpa Makanan
Reviewed by Yob90
on
21:37
Rating: