Saya Sebagai Ibu Berasa Malu – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Perbuatan Melampau Anak

zarina-zainuddin_header

Semalam anak lelaki pelakon Zarina Zainuddin, Azal Azrai menerusi akaun instagramnya telah menghantar kata-kata kesat kepada anak pasangan pengacara TV, Patricia & Joey G. Tetapi seakan tidak percaya kerana anak lelaki Zarina itu Autism semenjak lahir.

Namun, Zarina dan anaknya telah memohon maaf atas perlakuan melampau itu. Sebaknya tengok.

Saya dah penat nak lalui semua ini tetapi saya kena lakukan

screen-shot-2016-12-09-at-11-44-15-am

Beribu kemaafan daripada saya serta anak, Azal Azrai. Dia tak tau apa yang dia tulis. Sebagai ibu saya berasa sangat malu. Maafkan dia. Dia sebenarnya suka sangat tengok anak comel kamu, Sophia. Saya dah penat nak lalui semua ini tapi saya kena lakukan juga. Saya kena redha dengan liku perjalanan hidup saya. Semoga Tuhan merahmati kamu dan keluarga.

 Permohonan maaf Azal



‘Azal, kami maafkan kamu. Jangan buat lagi’



Semoga Zarina sentiasa tabah dan diberikan kekuatan untuk menjaga anak syurganya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
sumber : instagram Zarina Zainuddin / Ohbulan
Saya Sebagai Ibu Berasa Malu – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Perbuatan Melampau Anak Saya Sebagai Ibu Berasa Malu – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Perbuatan Melampau Anak Reviewed by Yob90 on 21:18 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.