Raja-Raja Melayu Dihina Dengan Selipar & Spender Depan Kedutaan Malaysia di Myanmar!
TERSEBAR di media sosial gambar raja-raja Melayu dihina dengan biadap sekali, kejadian itu dikatakan berlaku depan Kedutaan Malaysia di Myanmar.
Raja-Raja Melayu Dihina Dengan Selipar & Spender Depan Kedutaan Malaysia di Myanmar |
Gambar Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri di Malaysia itu digantung dengan selipar dan seluar dalam. Perbuatan biadap itu mencetuskan kemarahan warga media sosial.
Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Malaysia yang mulai lantang mengkritik serta menunjukkan solidariti terhadap penduduk Islam Rohingya yang dibunuh beramai-ramai oleh Kerajaan Myanmar.
Berang dengan perbuatan yang melampau biadap itu, orang ramai bukan sahaja mendesak kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik Melaysia dengan Myanmar malah menuntut kerajaan menghalau semua pekerja Myanmar yang tinggal di negara ini.
Sebelum ini puluhan Sami Buddha dilaporkan berhimpun depan Bangunan Besar Kedutaan Malaysia di Yangon Myanmar membantah sokongan Kerajaan Malaysia terhadap Etnik Rohingya yang dibunuh kejam oleh kerajaan Myanmar.
Kumpulan Sami Buddha itu berhimpun sambil mengutuk Malaysia yang disifatkan cuba campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara Myanmar.
Sumber : Bulletinmedia / mybuletin.net
Raja-Raja Melayu Dihina Dengan Selipar & Spender Depan Kedutaan Malaysia di Myanmar!
Reviewed by Yob90
on
21:05
Rating: