Punye la gembira aku bila ada sorang ustaz ni berkenan dan nak ajak kahwin dengan aku. Tapi masalahnya kakak sulung aku ni tak suka. Dia suruh aku cari lelaki lain. Aku geram dan bengang. 8 bulan kemudian, akak aku koma dan meninggal dunia. Tunang aku si ustaz tu acuh tak acuh je layan sms aku. Aku mula selidik dan alangkah terkejutnya aku bila tau yang ustaz tu sebenarnya adalah.....

alhamdulillah..doa aku untuk kenal dengan lelaki baik utk dijadikan teman hidup telah termakbul..masa tu dunia aku rasa bagaikan syurga..sebuah proses perkenalan yang singkat..membawa kami kepada perbincangan untuk menikah..kebetulan masa tu aku semester akhir diploma..mak abah setuju..siapa tak nak menantukan seorang ustaz..betul tak?
baik..ceritanya begini..masa hangat isu nak kahwin tu, kakak aku call..beza umur kakak dengan aku 10 tahun..dia cakap hentikan semua..aku masih muda..kenapa perlu kahwin katanya..lg satu kakak aku cakap sekalipun nak kahwin, kahwinlah dengan lelaki lain..aku geram, aku sedih..aku jd bengang dengan kakak aku..kau dah kenapa nak sekat kebahagiaan aku? aku dendam dengan kakak aku..tapi takpe..dunia aku masih indah bersama dia..semua rancangan kami dah atur..
sebaik saja tamat diploma, aku balik kampung..jalani hidup macam biasa..cuma aku dengan dia dah jarang berhubung..tak sama macam aku study dulu..siang malam ada khabar berita, ada saja cerita nak dikongsi bersama..kali ni semua berubah..hari ni aku SMS dia panjang berjela, esok lusa baru dia nak balas..itupun sepatah saja..aku syak ni semua kerja kakak aku..bertambah la dendam aku dekat kakak..huh..
nak dijadikan cerita, 8 bulan selepas tamat diploma, kakak aku koma seminggu..then kakak aku kembali menghadap ilahi atas sebab ‘kematian otak’..seriously benda ni berlaku secara mengejut..seminggu kakak aku koma, seminggu tu lah aku duk update dekat ustaz tu..dia balas nak tak nak..ada kadang-kadang langsung tak balas..takpe..
kakak aku selamat dikebumikan siang tu..kuasa Allah..malam tu jugak aku dapat tahu ustaz tu sebenarnya bercinta dengan orang lain..semua terungkai lepas kakak aku tak ada..tahu tak apa aku rasa masa tu? aku rasa nak panggil kakak, nak peluk minta ampun & maaf..aku marah dia, aku dendam dengan dia gara-gara seorang lelaki..sampai akhir hayat kakak aku..aku tak tahu kakak aku maafkan aku ke tidak..
aku jadi penyiasat sekejap lepas semua terbongkar..aku cuba cari perempuan tu..aku tanya semua..sampai aku dah dapat semua jawapan, aku blah..dan dia memang macam tak ada perasaan terkejut atau rasa bersalah..ye betul ni soal jodoh..tak ada jodoh aku dengan dia..kahwinlah korang..silakan..
kakak aku yang kedua ada cakap..kakak aku yang meninggal tu ada firasat..let say dia rasa benda tu tak elok, memang tak elok la..kalau dia rasa akan ada benda tak baik berlaku, emmm tak lama lepas tu memang berlaku betul-betul..cuma aku yang tak sedar kenapa dia beria sangat tak bagi aku kahwin dengan ustaz tu..sanggup dia call aku hampir setiap hari..pujuk aku suruh putuskan hubungan tu & cari lelaki lain..
dan sekarang aku tahu ustaz tu tengah rancak persiapkan majlis perkahwinan dia..sementera aku sibuk sambung degree..even dah 2 tahun berlalu kisah aku dan dia, kakak pun dah tak ada..semuanya aku simpan dalam ingatan ni..buat semua gadis yang membaca andai post ini disiarkan, jagalah hati kamu..dan jangan sesekali membentak andai ada ahli keluarga yang menasihati..
hilang kekasih bisa dicari ganti..tetapi andai hilang keluarga..?? renung-renungkan..untuk kakak, maafkanlah adikmu ini..sesungguhnya aku jahil dalam mengenal erti cinta..moga syurga buatmu kakak..untuk ustaz dengan pasangan, selamat menjalani alam bahtera rumah tangga..moga mendapat keberkatan & kebahagiaan. -Nur Iman via OHBULAN.
Punye la gembira aku bila ada sorang ustaz ni berkenan dan nak ajak kahwin dengan aku. Tapi masalahnya kakak sulung aku ni tak suka. Dia suruh aku cari lelaki lain. Aku geram dan bengang. 8 bulan kemudian, akak aku koma dan meninggal dunia. Tunang aku si ustaz tu acuh tak acuh je layan sms aku. Aku mula selidik dan alangkah terkejutnya aku bila tau yang ustaz tu sebenarnya adalah.....
Reviewed by Yob90
on
15:29
Rating: