Remaja cantik 17 Tahun Ini Dibelasah Dan Dikurung Oleh Teman Lelakinya Kerana Disyaki Curang.Lelaki Berumur 30 Tahun Itu Masih Lagi Bebas,Sebarkan Supaya Lelaki Dayus Ini Tertangkap!!
NUSAJAYA, JOHOR BAHRU - Hanya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang lelaki berusia lingkungan 30'an tergamak membelasah kekasihnya yang berusia 17 tahun, Sabtu lalu. Bapa mangsa, Hashim Abdul Karim, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak gadisnya itu pada jam 2.30 pagi selepas menerima panggilan dari Balai Polis Skudai.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh abang mangsa, Saifuddin Hashim, adiknya dibelasah teruk oleh teman lelakinya, Nehan bin Salim, kerana mengesyaki mangsa mempunyai lelaki lain sebelum mengurungnya di sebuah rumah di Jalan Tembaga Kuning 3, Taman Sri Skudai. "Semasa dalam perjalanan, adik saya beritahu bahawa lelaki itu mahu menjualnya dan membunuh salah seorang ahli keluarganya. Jadi saya buat laporan agar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Kulai untuk rawatan. Difahamkan, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya risau dan tercari-cari sebelum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa. Ahli keluarga juga pernah menasihati mangsa agar tidak bergaul dengan lelaki itu, malangnya tidak diendahkan.
Berikutan kejadian itu, kakak mangsa, Nurul Saiyidah memuat naik beberapa
gambar kesan kecederaan pada mangsa seperti kedua-dua mata bengkak dan lebam serta luka di kepala sehingga terpaksa dijahit di laman Facebook dengan harapan netizen membantu mencari lelaki berkenaan untuk dikenakan tindakan undang-undang. - The Reporter
Remaja cantik 17 Tahun Ini Dibelasah Dan Dikurung Oleh Teman Lelakinya Kerana Disyaki Curang.Lelaki Berumur 30 Tahun Itu Masih Lagi Bebas,Sebarkan Supaya Lelaki Dayus Ini Tertangkap!!
Reviewed by Yob90
on
23:22
Rating: