Nabi Palsu Afrika Sembur Pengikut Dengan Racun Serangga Jenama Doom Untuk Sembuhkan Penyakit
Afrika - Seorang lelaki yang mengakui dirinya 'nabi' menggunakan penyembur racun serangga dalam satu upacara pengubatan pesakit di daerah Limpopo di sini.
Nabi palsu itu, Lethebo Rabalogo, 24, mendakwa semburan racun seranggan berjenama 'Doom' itu akan menyembukan penyakit para pengikutnya.
Lelaki itu juga turut membahasakan dirinya sebagai 'The Detective'.
"Dalam dunia ini semuanya milik tuhan. Petrol milik tuhan. Doom juga milik tuhan.
"Ada orang yang datang ke sini dengan kecederaan, tetapi mereka sembuh apabila disembur (dengan Doom)", dakwa lelaki berkenaan.
Ritual pengubatan itu berlangsung minggu lalu di perhimpunan Agung Mount Zion.
Beberapa keping foto ritual tersebar di media sosial dan mengundang kecaman hebat dari netizen yang mana menyelar kebodohan pengikut-pengikut lelaki berkenaan kerana tidak tahu membezakan mana yang baik dan yang buruk.
Dalam pada itu, pengeluar racun serangga Doom menggesa agar Rabalago menghentikan ritual itu.
"Tindakan Rabalago itu sangat merisaukan, ianya sangat jelas tidak selamat untuk menyebur produk-produk Doom atau mana-mana racun seranggan pada muka manusia.
“Produk Doom dibuat untuk membunuh serangga tertentu seperti dijelaskan pada pembungkusan tin.
“Menggunakan produk ini untuk tujuan lain boleh menimbulkan risiko kesihatan dan berbahaya,” jelas kenyataan pengeluar racun serangga itu.
Sumber: timeslive.co.za
Nabi Palsu Afrika Sembur Pengikut Dengan Racun Serangga Jenama Doom Untuk Sembuhkan Penyakit
Reviewed by Yob90
on
23:50
Rating: