Masih Ingat Nahas Duke! Adik Mangsa Didakwa 'Pecah Amanah' Wang Sumbangan Orang Ramai

Foto dari Malaysian Digest
Pasti anda masih ingat tentang kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah keluarga yang mengakibatkan 3 nyawa maut di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) pada Mei yang lalu.

Kejadian itu mendapat perhatian tergempar seluruh Malaysia dan ramai yang bersimpati dengan nasib dua anak perempuan mangsa yang menjadi anak yatim piatu serta merta.

Dua beradik ini mendapat banyak sumbangan daripada orang ramai yang prihatin kan nasib mereka dan wang sumbangan itu telah disalurkan ke akaun bank adik mangsa iaitu Faizznur Asyraf.

Namun, semalam kakak kedua kepada arwah Fairuz iaitu Yusnida Hussain,48 tampil membuat sidang media dan mendakwa adik bongsu Faizznur Asyraf telah 'pecah amanah'.


Menurut Yusnida, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai kepada kedua adik beradik ini dan sebaliknya mendakwa wang tersebut adalah miliknya kerana ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Sebelum ini, Faizznur pernah menwar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak saudaranya itu namun langsung tidak berbuat demikian malah menyerahkannya bulat-bulat pada kakaknya Yusnida hingga sekarang.

“Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).

“Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini.

“Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini,” ulasnya lagi.


Tambah Yusnida lagi, tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan oleh bapa saudara mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, Yusnida juga turut mendedahkan bahawa ahli keluarga arwah Nova Safitri telah melakukan penipuan demi menuntut wang insurans arwah Fairuz Nizam.

“Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringit tidak dihantar untuk anak-anak ini.

“Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun,” luah Yusnida lagi yang ternyata kesal dengan perkara tersebut.

Yusnida juga turut memberitahu bahawa beliau telah membuat satu laporan polis berkenaan kes tersebut dan sedang disiasat oleh pihak Bank Negara.

Sumber : Ohmedia
Masih Ingat Nahas Duke! Adik Mangsa Didakwa 'Pecah Amanah' Wang Sumbangan Orang Ramai Masih Ingat Nahas Duke! Adik Mangsa Didakwa 'Pecah Amanah' Wang Sumbangan Orang Ramai Reviewed by Yob90 on 17:37 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.