Wanita Yang Kahwin Lebih 2 Kali. Siapakah Suaminya Di Syurga? Ini Jawapannya Yang Tidak Anda Jangka!


Image result for Wanita Yang Kahwin Lebih 2 Kali. Siapakah Suaminya Di Syurga

Muslimah Yang Pernah Menikah Lebih Dari Sekali, Siapakah Suaminya Di Surga Kelak? Kadang-kadang ada wanita muslimah yang berpisah dengan suaminya. Baik kerana bercerai atau suaminya meninggal dunia. Lalu, muslimah tersebut menikah lagi.
Ketika mereka semua masuk surga, siapakah yang akan menjadi suaminya? Pernah tak kita terfikir tentang hal seperti ini.

Imam Al Qurthuni di dalam kitab At Tadzkirah meriwayatkan bahawa Hudzaifah Ibnul Yaman radhiyallahu anhu mengatakan kepada istrinya, “Jika engkau ingin menjadi istriku di surga, janganlah engkau menikah lagi setelah aku. Kerana wanita adalah milik suaminya yang terakhir.”

Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu anhu pernah melamar Ummu Darda. Namun Ummu Darda menolak sembari mengatakan, “Aku pernah mendengar Abu Darda menceritakan sebuah hadits yang menyatakan ‘Sesungguhnya wanita akan menjadi isteri dari suami terakhirnya kelak di surga.”

“Begitu juga halnya dengan Ummahatul Mu’minin,” kata Abu Muhammad Jamal dalam buku Imra’atus Sami’in bi Aushafil Huril Iin, “kelak di surga akan menjadi isteri-isteri Rasulullah, mestipun sebelum dinikahi Rasulullah mereka pernah dinikahi orang lain.”

Namun ada pulak pendapat mengatakan bahawa muslimah yang pernah bernikah beberapa kali kelak di surga dia akan menjadi isteri kepada suami yang paling baik akhlaknya.

Ummu Habibah pernah bertanya pada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, wanita yang pernah mempunyai dua orang suami di dunia, lalu keduanya meninggal, lantas ketiganya bertemu di surga, untuk siapakah isteri itu, untuk suami pertama atau kedua?" Rasulullah menjawap, "Untuk suami yang paling baik akhlaknya kepada isterinya. Kerana akhlak akan membawa kebaikan di dunia dan akhirat."

Semoga Bermanfaat Jangan Lupa Kongsi.
Wanita Yang Kahwin Lebih 2 Kali. Siapakah Suaminya Di Syurga? Ini Jawapannya Yang Tidak Anda Jangka! Wanita Yang Kahwin Lebih 2 Kali. Siapakah Suaminya Di Syurga? Ini Jawapannya Yang Tidak Anda Jangka! Reviewed by Yob90 on 23:38 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.