Suami Isteri Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati


Suami Isteri Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati|Dungun: Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan.
Tertuduh, Muhammad Hafiz I D Osmera, 21, dan isterinya, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa bersama-sama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin, 2, yang juga adik kepada tertuduh wanita di rumah di Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, antara 30 Julai hingga 29 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman manakala tertuduh diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Hazwanie menetapkan 9 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai akibat didera kakak dan abang iparnya di Paka, Dungun pada 30 Ogos lalu.
Suami Isteri Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati Suami Isteri Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati Reviewed by Yob90 on 17:27 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.