SEDIH!! Bayi 12 Bulan Maut Selepas Lebih 5 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta Oleh Bapanya..

 

Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan maut dipercayai lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta milik bapanya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, menurut laporan polis dibuat bapa bayi itu pada 9.30 pagi, isterinya meletakkan anak mereka di bahagian tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka di Bandar Putra, Kulai.

"Kira-kira 10 pagi, lelaki terbabit terus ke tempat kerja dan berkerja di Pekan Saleng di sini tanpa menyedari bayi berkenaan masih berada di bahagian belakang kenderaan miliknya.

"Lelaki terbabit menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya, kira-kira 3 petang yang bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaannya.

"Dia kemudian terus ke kereta miliknya dan mendapati anaknya berada dalam keadaan lemah dan dipercayai sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, bapa bayi itu kemudian menghantar bayi berkenaan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, sebelum pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

"Bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui sebab kematian dansiasat lanjut secara terperinci serta menyeluruh juga sedang dijalankan," katanya.

Razak berkata, kes diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian tang disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Berita Harian
Kredit : ohmedia
SEDIH!! Bayi 12 Bulan Maut Selepas Lebih 5 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta Oleh Bapanya.. SEDIH!! Bayi 12 Bulan Maut Selepas Lebih 5 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta Oleh Bapanya.. Reviewed by Yob90 on 19:52 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.