Pemilik sebuah lori bauksit yang mengakibatkan kematian seorang guru wanita dalam nahas jalan raya hanya didenda sebanyak RM28,000...Ini sebabnya...
KUANTAN – Pemilik sebuah lori bauksit yang mengakibatkan kematian seorang guru wanita dalam nahas jalan raya di Jalan Pintasan Kuantan, dekat sini tahun lalu didenda sebanyak RM28,000 setelah dia mengaku salah atas tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Teh Ling Hock, 46, berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 2.35 petang, 21 Disember 2015, seorang guru Sekolah Kebangsaan Balok, Norhaili Ahmad Zabidi, 40, maut setelah kereta Perodua Myvi yang dinaikinya dirempuh tayar yang terpelanting dari lori bauksit dipandu pekerja Ling Hock di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Sungai Karang dekat sini.
Suami mangsa yang memandu Myvi berkenaan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Bagi pertuduhan pertama, Ling Hock didakwa gagal memberikan keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain dengan menyebabkan kematian apabila tayar sebelah kiri gandar kedua lori miliknya tercabut dan terpelanting ke jalan bertentangan.
Ling Hock turut dituduh membuat pengubahsuaian pada kelengkapan kekal lori miliknya dengan menambah ketinggian panel sisi tanpa kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertentangan dengan syarat-syarat am lesen pengendali.
Sumber : Kosmo
Pemilik sebuah lori bauksit yang mengakibatkan kematian seorang guru wanita dalam nahas jalan raya hanya didenda sebanyak RM28,000...Ini sebabnya...
Reviewed by Yob90
on
18:13
Rating: