Ketulan Busuk Keluar Dari Wanita Sukar Hamil Selepas Diruqyah
Siapa yang tidak terkejut apabila mendapati ketulan besar yang berbau busuk selama ini ‘hinggap’ di dalam rahim akhirnya keluar selepas membuat rawatan ruqyah.
Itulah yang dialami oleh seorang pesakit wanita yang dikatakan sangat sukar hamil meskipun telah mencuba selama 5 tahun.
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pakar perubatan Islam bernama Zaihan Johari itu, ternyata membuatkan ramai netizen yang terkejut dan dalam masa yang sama berminat untuk mencuba rawatan berbentuk alternatif ini.
Kata Zaihan, wanita itu telah berubat secara moden di hospital, namun tiada apa-apa penyakit yang dapat dikesan di dalam badannya.
Tak mahu mengalah dan berputus asa, pesakit tetap mencuba perawatan alternatif berbentuk ruqyah dan juga rawatan Islam.
“Dengan izin Allah ‘benda’ ini berjaya dikeluarkan dan pesakit terus lega dari rasa kesakitan di rahimnya dan pihak doktor terus membatalkan proses pembedahan untuk membuang rahimnya..”
Dalam pada itu Zaihan berkata gara-gara perkongsian berkenaan, dia mendapat lebih 2,000 kiriman pesanan di peti suratnya di facebook.
Kesimpulan daripada kisah ini, buat pasangan yang cuba untuk hamil jangan sesekali berputus asa, selain perubatan moden, anda masih boleh mencuba rawatan secara Islam dan juga ruqyah.
Semoga usaha anda untuk menambah zuriat mendapat keberkatan dari-Nya.
Sumber : CARI
Kredit : ohmymedia
Kredit : ohmymedia
Ketulan Busuk Keluar Dari Wanita Sukar Hamil Selepas Diruqyah
Reviewed by Yob90
on
15:46
Rating: