TERKEJUT!!Kisah Seorang Wanita ketika Mandikan Mayat Pelacur!

Terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya ketika zaman Imam Malik. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.

Kisah Seorang Wanita ketika Mandikan Mayat Pelacur, 'Mengejutkan' ?
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Ketika mayatnya mahu dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.


ARTIKEL MENARIK: Ya Allah ! 'Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Aku BERIA Suruh Aku Pakai Baju Kurung Pergi Bukit Tu !'

Semua penduduk dan ulama’ menjadi kecoh dengan perkara tersebut. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.

“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?”

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menyatakan dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.

“Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi,” kata Imam Malik.

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah s.w.t. terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN :

Jaga lidah jgn sebarkan fitnah . Jgn bersangka buruk dgn kuasa Allah Taala . Kalau kita tahu dia itu seorg pelacur sekalipun , tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina . Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar . Kerana itu ingatlah , apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dlm masyarakat , negeri atau negara , yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya , walaupun peristiwa berlaku . Berhati-hatilah semua dan jgn terjerat dengan jarum-jarum kejahatan .
TERKEJUT!!Kisah Seorang Wanita ketika Mandikan Mayat Pelacur! TERKEJUT!!Kisah Seorang Wanita ketika Mandikan Mayat Pelacur! Reviewed by Yob90 on 16:36 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.