10 Gambar Pasar Daging Yang Paling Mengerikan Di Dunia
Membeli-belah atau hanya sekadar melihat-lihat makanan murahan boleh dilakukan di Pasar Tomohon dan Pasar Langowan, Manado, Sulawesi Utara. Namun sebahagian besar pelancong lebih memilih ke Pasar Haiwan Tomohon.
Pasar yang terletak di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur boleh dikunjungi dengan hanya menaiki bas dari Terminal Karombasan dengan tambang Rp 6.000 seorang.
Di sepanjang 45 minit perjalanan yang melintasi kawasan berbukit dan jalan yang berliku-liku, penumpang boleh menikmati pemandangan bandar Manado yang terkenal dengan pantainya yang indah nan biru.
Setibanya di Terminal Beriman Tomohon, pengunjung hanya perlu berjalan kaki untuk sampai ke Pasar Haiwan Tomohon ini yang berletak bersebelahan dengan terminal bas tersebut.
Sebelum memasuki pasar yang dikenali sebagai pusat perdagangan haiwan dan makanan ekstrem ini, para pengunjung diingatkan untuk membuat persediaan metal terlebih dahulu supaya kita tidak terkejut dengan barangan yang dijual di dalam pasar ini.
Berdasarkan cerita dari penduduk tempatan, hampir kesemua pengunjung yang berkunjung ke pasar ini buat kali pertamanya akan mengalami perasaan meloyakan kerana tidak tahan dengan pemandangan yang mereka saksikan semasa berada di pasar ini.
Sumber : http://www.ohmymedia.tv//
10 Gambar Pasar Daging Yang Paling Mengerikan Di Dunia
Reviewed by Yob90
on
10:59
Rating: