WOW!! (6 Gambar) Lembu Seberat 1 Tan Ini Disembelih..Mari Kita Tengok Cara Diorang Tumbangkan Lembu Tu..Dasyat!!



Lebih 1,000 orang menyaksikan lembu jantan seberat satu tan yang dijadikan korban di Kampung Losong Dato’ Amar, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Lembu jantan seberat 1,000 kilogram (kg) atau satu tan yang berusia tiga tahun dan berharga RM14,000 daripada baka Charolais selamat dikorbankan di Kampung Losong Dato’ Amar di sini semalam.
Pengerusi Badan Ukhwah Darul Iman, Zulfadli Hasan (gambar kecil) berkata, beliau menyembelih sendiri lembu dari Perancis itu yang dibelinya daripada daripada seorang pengembala lembu di Telemung, Hulu Terengganu.
“Berita tentang lembu gergasi itu menjadi viral selepas disiarkan akhbar kelmarin.
“Lebih 1,000 orang datang termasuk dari Kuala Lumpur melihat upacara ibadah korban lembu itu dijalankan yang sebahagiannya datang seawal pukul 7 pagi lagi,” katanya di tapak penyembelihan berhampiran Masjid Dato’ Amar dekat Losong di sini.
Zulfadli berkata, daging lembu seberat 490kg itu kemudian diagihkan dalam bungkusan kepada penduduk.
Sumber : Kosmo
WOW!! (6 Gambar) Lembu Seberat 1 Tan Ini Disembelih..Mari Kita Tengok Cara Diorang Tumbangkan Lembu Tu..Dasyat!! WOW!! (6 Gambar) Lembu Seberat 1 Tan Ini Disembelih..Mari Kita Tengok Cara Diorang Tumbangkan Lembu Tu..Dasyat!! Reviewed by Yob90 on 19:41 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.