Cerita Sebenar Adik Nur Darleen Yang Hilang Ditemui (VIDEO)



 Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemui selamat pada jam 2.30 petang tadi.

Bernama melaporkan, pelajar berkenaan yang dilapor dilarikan individu tidak dikenali dibawa pulang oleh orang ramai ke rumah keluarganya kira-kira 2.20 petang.

Difahamkan, Nur Darleen ditemui oleh orang awam, iaitu Juliana Jeffery.

"Dalam masa perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak dia berjalan berseorangan. Saya pun pada awalnya tidak pasti itu dia tetapi disebabkan di dalam kereta ada kawan-kawan dia, jadi mereka mengenali dia dan mereka beritahu saya bahawa itu adalah Nur Darleen", kata Juliana menceritakan bagaimana dia menjumpai Nur Darleen.


Sumber : penbiruoffcail 
Cerita Sebenar Adik Nur Darleen Yang Hilang Ditemui (VIDEO) Cerita Sebenar Adik Nur Darleen Yang Hilang Ditemui (VIDEO) Reviewed by Yob90 on 17:31 Rating: 5
Imej tema oleh hdoddema. Dikuasakan oleh Blogger.